Tips Penjagaan Kulit Wajah

Tuesday, December 29, 2015

skin care dos donts

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bertukar jadi saya. Hehe, nak nampak formal sikit sebab kalau guna aku nampak ganas pulak. huhu..Ok berbalik kepada tajuk, hari ni saya nak share perkara yang patut dan tak patut dilakukan ketika anda menggunakan produk penjagaan kulit wajah. Info yang saya dapat apabila belajar dengan guru YOUTUBE.

skin care dos donts

SCRUB
  • Krim yang bagus digunakan bersama scrub adalah Whitening Cream.  Penggunaan whitening cream selepas scrub boleh meningkatkan efek pencerahan.
  • Jangan gunakan bersama Krim anti penuaan. Salah satu fungsi retinol yang terkandung dalam krim anti aging adalah meningkatkan turn over skin cells. Jika digunakan bersama, mungkin akan menyebabkan kulit bermasalah.
PELEMBAB MUKA
  • Gunakan bersama Whitening Cream bagi meningkatkan kesan. Pelembab muka akan membantu melembabkan kulit muka yang kering akibat penggunaan whitening cream. 
  • Mereka yang ingin menegangkan muka dan inginkan v line akan menggunakan Lifting Cream. Tetapi, jika digunakan bersama pelembab muka, kesan itu akan hilang. Ini disebabkan  oleh kandungan caffeine dalam lifting cream yang berfungsi sebaliknya.
    pelembab muka - tambah kelembapan kulit manakala lifting cream - removes moisture.
    Jadi, kesan lifting tiada begitu juga dengan kelembapan kulit.
WRINKLE CARE PRODUCT
  • Wrinkle cream hendaklah digunakan bersama Sunblock. Komponen penting dalam krim anti kedutan akan termusnah jika terdedah kepada cahaya matahari dan haba. Oleh itu, penggunaan sunblock bersama wrinkle cream adalah sangat membantu.
  • Jangan gunakan bersama Whitening Cream. Vitamin C dalam krim pemutih akan menyebabkan iritasi kulit apabila digunakan bersama wrinkle produk.
Rujukan: Beauty Bible 2015 Episode 11

WOW! penat saya mengarang ayat dan buat blog graphic diatas walaupon ayat agak tunggang langgang di situ.hihi. Tips yang saya kongsikan dari Dermatologlist, Kim Yeon Jin ni mungkin berbeza bagi setiap individu. Mungkin ya mungkin tidak. Untuk saya pulak, rasa dah malas nak cari produk untuk kulit bermasalah ni. Sekarang hanya guna produk yang lebih lembut di kulit dan natural. Kalau korang nak tahu, sekarang ni saya tengah cuba minyak bijan sebagai pelembab kulit sebab susah sangat nak cari pelembab yang sesuai dengan oily skin. Buat masa sekarang, memang terbaik minyak ni. Nanti saya share review nya kalau jadi lah.hehe.. Ada sesiapa yang pernah cuba minyak bijan di muka?


You Might Also Like

2 comments

  1. Tak pernah try lagi letak minyak bijan dekat muka, but omg interesting nya! lama dah tak tengok beauty bible xD Btw, kalau oily skin why not try argan oil? It works on me! Lepas 2 bulan pakai pun my skin dah rasa kurang berminyak.

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  2. Memang teringin pon nak beli argan oil tpi mcm mls sebab kena beli online.hehe.. Bila dah cuba sesame oil, rasa kulit makin stabil walaupon baru 4 hari. bau wangi harga pon murah ^^

    ReplyDelete

Recent Comments