KIMCHI..
Dah lama tak menulis rasa janggal pulak..huhu..
Disebabkan malas nak buat kimchi sendiri, maka aku beli je la kat aeon. Siap ada halal lagi..
Aku suka...^^
Sebenarnya aku lagi suka fresh kimchi. yang tak ada rasa masam tu. Dah banyak kali buat kimchi tapi ade satu masa tu, sedap gila rasa die (kimchi belum peram). Hehe gila tak malu puji sendiri..
Sebab banyak sangat resepi aku cuba, aku tak tahu mana satu penyebab kesedapan kimchi tu.haha.. tapi yang penting hasil akhir rasa lebih kurang serupa semuanya.
Kimchi bibigo ni bagi aku rasa die sedap. Tak masam sangat, tak busuk sangat.ehehe.. Harga boleh tahan gak la kalau saja2 nak merasa kan. Kalau selalu makan, sila la buat sendiri sebab lagi berbaloi rasanya.
Kalau nak buat sup kimchi, rasanya macam tak sesuai sangat sebab kurang masam. Kalau nak buat kimchi jigae, kimchi kena perap lama sikit bagi masam die bertambah power.
Kalau rasa nak makan makanan sihat, silalah cuba. Amat membantu ketika anda di toilet.ehehe.
Sekian sahaja tulisan dari hamba.