Resepi Kek Beras Korea (Garaetteok)
Sunday, January 08, 2017Homemade Garaetteok |
Selamat Tahun Baru 2017.
Banyak liku liku kehidupan yang terpaksa ku tempuh demi menjayakan resepi garaetteok aka kek beras korea. Ok tipu je. Buat ni senang je tapi resepi kat internet kebanyakan tak boleh pakai. Dari tahun berapa tah, buat tak pernah jadi, Habis membazir, beras jepun dah la mahal. Rupanya garaettok ni ada letak alkohol jugak. Maka dengan azam baru, pergi google dekat blog korea tengok resepi dan bahan2.. Owhhhhh.. Macam tu tapi still ada benda yang kurang. Tak berapa kenyal dan lembek selepas masak..
Akhirnya setelah banyak kali buat, menjadi juga kek beras ni. Gambar atas sebenarnya garaettok tak jadi. haha. Ingatkan berjaya rupanya tak. Malas nak tangkap gambar garaettok yang lain, rembat je yang ni. Resepi ni sebenarnya dah lama dan takut ada yang terlupa.. Nanti saya update balik kalau ada yang tertinggal. Ok stop membebel. Ini resepi jangan buat hak sendiri..
Bahan- Bahan
- Beras Jepun 1 cawan
- Tepung ubi / potato starch
- Air
- Garam
Cara-cara
- Bersihkan dan rendam beras selama 1 jam atau sehingga semua butir beras bertukar warna putih.
- Toskan dan kisar sampai halus. Tapis untuk mendapatkan tekstur yang halus.
- Untuk 1 cawan tepung beras gaul sama rata dengan 1 sudu besar tepung ubi dan secubit garam. Kemudian tambah 4 sudu besar air sedikit demi sedikit dan gaul rata adunan.
- Kuantiti air bergantung pada kelembapan tepung beras.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
- Tepung beras yang telah dimasak dipadatkan menggunakan kayu penggelek.
- Kemudian uli menggunakan tangan untuk mendapatkan bentuk silinder.
- Potong ikut selera masing-masing.
Nota
- 1 cawan beras = 2 1/2 cawan tepung beras
- Jangan rendam beras terlebih masa. Cukup semua butir beras dah bertukar putih, toskan.
- Jangan guna air panas.
- Kalau garaettok terlebih kenyal, lebihkan tepung ubi bagi lembut untuk next resepi.
- Genggam campuran tepung yang telah ditambah air dan tekan dengan jari. Kalau bertukar jadi serbuk, tambah air sedikit demi sedikit. Air yang cukup bila ditekan akan terbelah dua. Air yang terlebih pulak jadi doh. Boleh faham tak?
- Tepung beras yang siap dikisar boleh disimpan dalam freezer. Boleh sambung buat kemudian hari.
- Rasa adunan lepas kukus untuk pastikan masak sepenuhnya.
- Kalau kukus dah berjam tak masak, maksudnya air tak cukup. Tambah je air sikit, biarlah lembik asalkan jangan mentah.
- Simpan garaetteok dalam freezer untuk tahan lama.
Susah nak terangkan dekat sini. hihi. Yang paling penting tepung beras kena betul. Selama ni buat kek beras tak jadi sebab penyediaan tepung beras yang salah. Kalau beli frozen rice flour aka maepssalgaru insyallah jadi garaetteok.
Homemade garaetteok dimasak menjadi teokbokki asalkan jadi. Resepi main campak apa yang ada.
Masalah bila buat garaettok dulu? banyak kot.
Mentah. Lembik. Kenyal tapi bila masak balik jadi lembik.
Resepi ni hasilnya dapatlah garaetteok yang kenyal. Kalau guna beras asli korea mesti lagi sedap hasil garaetteok. Kalau ada yang cuba boleh share review.
0 comments