Resepi Sujebi Kimchi Tomyam - 수제비

Saturday, January 08, 2011



Bila tengok rain dalam family outing, teringin la plak nak try wat sujebi nie.. dalam running man pon ade gak.. lagi la bertambah semangat nak masak bende nih.. bile tengok orang buat ade byk version, yang putih n yang pedas cam kat atas tuu.. doh die macam spagheti buat sendiri tapi x la sesedap spagheti. Ade resepi pki telur dan ade yg tak.. dulu dah pernah buat pki telur, so sekarang buat biasa jew.. nak tambah sedap letak pes tomyam.. Kalau tak rase die cam tak ade rase. hahaha
Bahan- bahan

Bahan A
2 cup tepung gandum
3/4 cup air
1 1/2 tbs minyak 
1/2 ts garam
Bahan B
4 cup air
1 cup kimchi
3tbs air kimchi
1 tbs korean pepper powder
1 tbs pes tomyam
1 biji kentang (potong)
daun bawang 
cili
garam

Cara- cara
  1. Masukkan bahan- bahan A dan uli dengan tangan. Nak senang pakai la mesin, cepat sikit..
  2. Uli lagi sampai jadi macam kat bawah. Biarkan.


  3. Untuk bahan- bahan B, masukkan kesemua bahan kecuali daun bawang dan cili.
  4. Didihkan selama 5 minit dan kecikkan api selama 10 minit..
  5. Nie part yang paling aku suke. Doh tadi amik sikit letak kat tangan. Guna jari, picit2 dan tarik2 sampai jadi nipis. Bila dah dapat saiz yang berkenan, tarik dan letak dalam sup tadi. Buat sampai habis. Pastikan betul2 nipis...
  6.  Potong daun bawang dan cili dan masukkan kedalam sup. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan 
     sehingga masak doh tadi. Siap!

     

You Might Also Like

0 comments

Recent Comments