Sahabatku wahai 'CICAK'

Friday, April 15, 2011


Masih ingatkah kau cicak
Waktu pertama kali kita bertemu
Ketika aku berada di hostel
Mengambil gelas untuk diisikan air
Engkau 'landing' dalam gelas aku
Apakah maksud mu?

Kenapa?
Euww.. sangat lah menggelikan.
Sejak dari itu
Kau lah 'sahabatku'
'Sahabat' sejatiku
Tak kan kulupakan kau dalam hidupku
Agar menjadi ingatan buatku
Masih lagi kusimpan gelas kenangan kita bersama

Setelah hampir 4 tahun
Aku sudah melupakan mu

Di waktu aku mahu melelapkan mata
'puk!'
Ada benda seperti menepuk bantal ku
Hantu kah?
Syaitan kah?
Aku gagahkan diri untuk tidur semula

Di saat aku mahu tidur
Aku memperhatikan sekelilingku
Agar selamat tidur malam ku
'puk!'
Segera aku bangun dari tidurku
Owh, kau rupanya
'Sahabatku'
Kau melarikan diri
Takut- takut kalau aku memarahi mu

Aku berharap semuanya berakhir
Tiada lagi gangguan dari mu
Tapi,
Kau mencabar kesabaran ku
Kau jatuh ke atas selimut ku
Waktu aku enak dibuai mimpi
Apakah salahku?

Kini,
Setiap kali aku melihat kau
Merayau- rayau di atas siling
Ku hadiahkan kau dengan sebuah getah
Tanda 'sayangku' padamu
Agar kau pergi dari hidupku
Untuk selama- lamanya

*1st time wat style cam ni.. sabar je la. Cicak memang jahat, berak merata-rata..
takotkan orang tengah2 malam.. knape mesti time tido ko kacau aku..urgh!!!











You Might Also Like

3 comments

  1. SaLaM ZiaRaH DaRi SiS... DaTaNG TeRJaH DaRi BLoG aBG BeN... NaK KoTaKaN JaNJi TuK ZiaRaH RaKaN2 BLoGGeRS!~ (^_____^)V

    JoM MeRiaHKaN DooNia BLoG MaLaYSia!~ (^_____^)V

    P/S : SiS BeNCi CiCaK... PNaH SeKSa CiCaK... ShhhHhHh!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  2. Cicak tu 'affectionate' creature sket... dia tetap akn menjelma kat dpn ko even ko menyampah gle kat dia kekeke..btw, pandai ko berpuisi hikhikhik...

    ReplyDelete
  3. hahaha.. sbb cicak lah ak berpuisi.. XD
    happyvirus??hehe

    ReplyDelete

Recent Comments

Blog Archive