Hari tu aku buat Sujeonggwa sebab bahan2 die simple je. Maklumlah ketagih nak masak resepi korea.
Air ni bukan teh okey tapi minuman yang dibuat dari dried persimmons, cinnamon dan ginger.
Rasa die okey la dan bagus untuk kesihatan tapi dried persimmons aku tak letak. Kalau bubuh mesti lagi sedap kot rasa die.
Ratio untuk halia dan kulit kayu manis 1:1.
Tapi aku hentam je.haha XD.. Dan macam biasa aku punyer version buat dalam kuantiti sikit je sebab kalau tak sedap, sape pulak nak habiskan nanti.
Bahan-bahan
4cm halia
1 batang kulit kayu manis
1 1/2 tbs gula
2 cawan air
Cara-cara
1. Didihkan air bersama halia dan kulit kayu manis.
2. Kecikkan api dan biar selama 10 minit.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
4. Padamkan api dan tapis.
5. Siap!
Sepatutnya untuk step terakhir kena letak dried persimmons dan biarkan buah tu lembut.
Kalau rasa nak menyihatkan badan tu, boley la try. Bagi aku, air nie sedap lagi minum panas2 dari yang sejuk. Ikut suke hati korang lah, nak sejuk letak ais banyak2 :D