Tips Dan Cara Level Up BTS Fancafe

Saturday, February 04, 2017

Dikemaskini 10 Mei 2017
Khas untuk A.R.M.Y, post kali ini saya nak berkongsi cara nak menjawab soalan di fancafe BTS. Saya andaikan korang dah join fancafe dan teringin nak level up. Kalau dah level up, boleh la baca ape budak bangtan pos dekat FROM.BTS. Pastikan nickname korang ikut rules ye.
Kalau tengok soalan, pergh nak menangis baca tulisan hangul dan soalan yang super susah. Ape pun, kalau nak level up kena lah belajar sekurang-kurangnya tulisan hangul, basic grammar dan rajin2 cari di internet kalau ada army yang sanggup translate kan soalan. Kalau soalan terlampau panjang dan susah, tinggalkan je dan tunggu soalan yang senang.

Tapi Bighit dah tukar cara nak level up. Makin senang! YAY!!

cara menjawab soalan dan tips level up bts fancafe


Sebelum nak level up pastikan nickname ikut rules.

  1. Jangan guna nama yang mengelirukan. Contohnya menggunakan nama BTS, ahli BTS dan staff. Kalau nak guna juga, campurkan dengan perkataan lain.
    cth: BTS-(X), Jimin-(X), LoveBTS-(O)
  2. Had Aksara
    - Korea - 2 (min) - 10 (max) / English - 2 (min) - 12 (max)
    - Korea + English + Nombor = 10 (max) [Tulisan Korea (hangul), English sekurang-kurangya 2 huruf / nombor sahaja tidak dibenarkan]
    cth: 130613-(X), 랩mon-(X), BTS최고-(O)
  3. Dilarang
    - Special characters ( ! ^^ etc) , tulisan chinese, hanja, space, initial hangul vowel & consonant (ㅂㅌㅅㄴㄷ)
    Tiada maksud (cth: hdfrrvs, xxjyhgxx, )
    - Nama artis atau fandom lain.
    - Perkataan kesat, lucah, RPS (cth: 군주), dan perkataan membawa maksud feminin kepada ahli bangtan.
    - Tulisan hangul yang salah ( maksudnya tak wujud?) (cth: 슙(X), (X), (X), (O), (O))

Soalan Level up


Klik pada 등업신청_공지 dan cari 등업신청_정회원 양식.  
Terdapat 4 soalan dan soalan no3 dan no4 kena tunjukkan bukti streaming. Soalan no1 dan no2 korang boleh guna google translate. Senang sangat, tak payah ajar.

Soalan no. 3

Kena dengar 2 lagu, Not today dan Spring Day. Macam saya guna Naver sebab ada free pass music streaming. 
Dalam screenshot wajib tunjuk tarikh, masa streaming, like dan tulis nickname.
Kena dengar lagu sekurang-kurangnya Spring Day - 4:29, Not Today - 3:34



Gambar atas contoh screenshot dari Naver untuk lagu FIRE. Jangan korang guna lagu FIRE ni pulak. Pastikan tarikh dalam gambar sama dengan tarikh korang hantar jawapan. Tak sama, reject.
Bighit cuma tunjukkan cara screenshot dari Melon dan genie tapi rasanya dah cukup syarat dah gambar ni. Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini http://cafe.daum.net/BANGTAN/kNMp/4

Kalau korang tak boleh nak screenshot tarikh dalam phone macam saya, cara nya.... Slide sampai nampak tarikh, jari yang lain tekan power button dan home serentak barulah boleh screenshot sekali tarikh bersama Naver app.

Soalan no. 4

Not Today dan Spring day MV screenshot. Wajib tunjuk nickname, masa, like dan subscribed.
Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini http://cafe.daum.net/BANGTAN/kNMp/4 
Ikut sebijik apa yang Bighit ajar ok.



Jawapan

Klik pada 등업신청_정회원  untuk komen jawapan. Tulis jawapan bagi soalan no. 1 dan 2. Dan lampirkan gambar screenshot (total gambar 4). Untuk pos lebih dari satu gambar, reply pada jawapan sendiri. Kalau tak reti jugak, edit semua gambar dan compile jadi satu. Jangan lupa lock jawapan.

Dah siap boleh la hantar dan bersabar. Kalau tak berjaya jawapan dihantar di bahagian 등업리턴 dan ulang balik jawab soalan sampai berjaya

Apa lagi nak tulis? tu je kot.. Kalau ada yang salah sila beritahu okay

A.R.M.Y  Strong Power Thank You....

You Might Also Like

7 comments

  1. vtaehyungbangtan 92May 8, 2017 at 11:54 PM

    Boleh tak nak contoh gambar screenshot for both naver and youtube ? :)

    ReplyDelete
  2. Maaf ,saya langsung tak faham..bahagian celah mana plak dia tanya soalan tu ye ? Saya reti baca tulis hangul but understand tu jauh sgt la 😭😭..huhu tolong army-nim ..nk sgt level up..asyik kunjung daum cafe but xtao nk wat ape kat sne p

    ReplyDelete
  3. bighit dah tukar cara nak level up.. lagi senang, nanti saya update balik post :D

    ReplyDelete
  4. Ohh sy ada dgr psal level up tu..tq awk ^^

    ReplyDelete
  5. fancafe ada mention tak dorg nak guna soalan ni sampai bila? sebab takut dorg tukar format soalan level up tak sempat nak dapat naver free streaming pass huhu

    ReplyDelete
  6. rasanya tak ade.. soalan senang je.hehe.. kalau tak pasti dengan jawapan, boleh tengok cara k-army jawab (kes lupa nak lock).

    ReplyDelete

Recent Comments