Tanam Sayur Dan Herba

Tuesday, January 27, 2015

Hobi baru dah bermula iaitu bercucuk tanam. 
Benih salad dan genovese basil dibeli di giant tapi harga benih basil mahal sikit.

Ingatkan salad, rupanya pokok bendi sesat
Nak semai benih salad ni senang je rupanya. Dah dua kali tanam baru betul2 jadi.haha.. seksa sangat nak tunggu benih ni bercambah,

Salad - 4 hari
Kali kedua semai benih dalam potting soil macam kat atas ni guna style hidroponik. Pastu gatal sangat pi tutup ngan plastik dan letak direct kena cahaya matahari. Terus mati benih salad dalam satu hari sebab panas sangat. Padan muka.haha.. 
Kali ketiga, campak je benih salad baru dalam bekas tadi. Siram air dan dalam 2 hari dah bercambah. Seronok giler..

Salad- 1 minggu
Kalau tanam guna tanah kat atas nie macam lambat sangat benih bercambah. 

Salad- 2 minggu

Basil- 1 minggu
Menyemai benih basil ni boleh menyeksa jiwa dan raga. Bayangkan dalam banyak2 benih yang aku tabur, satu je yang muncul. Tapi nasib baik muncul. Syukur sangat..haha. Benih basil aku semai balik dalam potting soil. Harap2 menjadi la kan bila guna tanah lain.
Anak pokok basil bentuk macam huruf D. Comey!



You Might Also Like

0 comments

Recent Comments