Resepi Kimchi Jigae - 김치 찌개
Saturday, November 27, 2010
Antara favorite makanan korea yang pernah buat. Pastikan guna kimchi yang cukup masam sebab rasa die masam2 dan pedas. Nampak cili kat atas tu? masih x pedas even dah letak banyak...
Bahan-bahan
1 1/2 cup kimchi
2 cups air
1 tin tuna in oil
2 tauhu
1/2 bawang
1 batang daun bawang
2 batang cili (ikut suka)
1 tbs serbuk cili
1/4 air kimchi
1 ulas bawang putih(minced)
1 tsp garam
Cara-cara
1. Masukkan kimchi ke dalam periuk. Tuangkan air. Biarkan sehingga mendidih.
2. Potong daun bawang, bawang, tauhu dan cili.
3. Apabila dah mendidih, masukkan bawang, tuna, bawang putih, serbuk cili, air kimchi dan garam. Kacau sedikit dan tutup.
4. Biarkan 10 minit. Kemudian masukkan tauhu, daun bawang dan cili yang telah dipotong.
5. Tutup dan biarkan sebentar.
6. Wala! dah siap. Makan dengan nasi tapi hati2.. panas~~
0 comments