Resepi Maejakgwa (Korean Ginger Cookies) - 매작과
Saturday, November 27, 2010
Nama biskut nie maejakgwa dan merupakan makanan tradisional korean. Biskut nie senang nak buat dan rasa die pon sedap. Bahan yang paling penting kat sini ialah halia dan serbuk kulit kayu manis.*disebabkan kemalasan, tak letak pon serbun cinnamon powder.. biasa dalam maejakgwa taruk pine nuts, tapi ganti dengan bijan je. Kacang biasa pon boleh.
Bahan-Bahan
1 cup tepung gandum
secubit garam
1/2 tbs gula
1/2 tbs jus halia
1/2 cup air
bijan
4 tbs gula
4 tbs air
1/2 ts cinnamon powder
Cara-cara
1. Dalam bekas, masukkan tepung, air, gula, garam, jus halia, dan garam,
2. Uli guna tangan dlm 10 minit. atau gune mesin penguli. Tambah tepung kalau terlalu melekit.
3. Masukkan dalam plastik dan biarkan 30 minit.
4. Uli atas papan dan canai hingga nipis. (jgn la nipis / tebal sangat).
5. Potong 6cm X 3cm. Kemudian buat 3 garis memanjang.
Maangchi
6. Kemudian masukkan hujung doh kedalam garisan tengah.
Maangchi
7. Goreng hingga warna keemasan.
8. Untuk buat air gula masukkan 4tbs gula dan 4tbs air kedalam periuk dan masak dengan api sederhana selama 15 minit atau sehingga air menjadi separuh.
9. Padam api dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
10. Gaulkan biskut tadi dengan air gula dan tabur biji bijan.
11. Siap!
source: Maangchi
0 comments