Cara Tangkap Gambar Cantik

Monday, November 02, 2015

Antara gambar favorite
(50mm , ƒ/2.8 , 1/500s , ISO 160)
Assalamualaikum..
Nak ikutkan tajuk, bukan la aku ni pandai sangat nak ambil gambar tapi saja nak share dengan korang apa yang aku paham bila guna dslr untuk orang baru.. kalau dah pro boleh la tegur kalau ada salah silap..

Ingat senang ke nak guna dslr? haha.. banyak benda nak kena pikir dulu sebelum shoot gambar. Masa 1st time beli, try la pakai dan snap sana sini.. Boleh tahan gambar gak yang aku amik, tapi bila tengok balik bila dah paham sikit2, maigad buruknya gambar.hahaha..

Ada dslr tak bermakna gambar cantik.. Cuba tengok group fotografi tak semua gambar cantik2 (jangan marah ye, aku jujur.hehe).. Tengok kat instagram, guna iphong je gambar mantap2. Ditangan sekarang aku guna CANON 700d, kit lens dan 50mm f/1.8

Apa yang aku paham:
  1. f/1.8 - blur dan bokeh cantik tapi gambar tak semestinya sharp.
  2. Jangan asyik nak guna f rendah konon2 nak blur gempak.
  3. Guna shutter speed laju - kalau taknak gambar blur, objek bergerak atau tangan kuat getar.hehe
  4. Cahaya cukup - dapat guna ISO rendah mcm 100 hasilkan pic sharp.
  5. Av- bila nak tukar2 aperture
  6. Tv- bila nak tukar2 shutter speed
  7. Manual- Boleh setting aperture, shutter speed, dan iso ikut suka hati
  8. RAW- edit gambar Raw lebih best dari jpeg.
  9. lens 50mm f/1.8 lebih sharp kat f/2.8 
  10. Mode Av dan Tv boleh tambah cerah atau gelap dekat exposure compensation tapi Manual tak boleh guna. 
  11. Tangkap gambar haiwan atau manusia, mata pastikan sharp.
  12. Bila dekat dengan objek tapi tak boleh fokus, maka kena jauhkan sikit.
  13. Biasanya titik fokus dekat tengah lagi sharp.

Kalau banyak masa, aku suka guna manual. Dulu guna Av dan Tv tapi hasil biasa2 je.. Bila dah faham konsep aperture, shutter speed dan ISO baru la senang nak guna manual. 
Kenapa gambar pro power? Bagi aku kalau nak lebih gempak kena edit gambar.

  • Edit warna, highlight, midtone, shadow, saturation mana yang kurang.
  • Edit juga guna levels and curves.
  • Gambar tak sharp? jangan risau boleh edit guna unsharp mask atau high pass filter (tutorial dekat phlearn ) .
  • Jangat edit over sangat.. Buruk nanti.
  • Kalau guna photoshop, sila la guna layer mask bila perlu.
  • Rajin2 tengok kat youtube. Berlambak tutorial tapi aku paling suka Phlearn yang buat aku paham macam mana nak guna layer mask dekat photoshop.

Budak ni pasif, Akak dia aktif.
Buat masa nie, hanya kucing yang sanggup jadi model. Bila tangkap gambar dorang ni dekat manual mode,  aku set kan aperture dulu, pastu ISO dan shutter speed. Bila cerah sangat berdasarkan exposure compensation, tinggikan shuter speed untuk kurangkan cahaya dan membantu mengurangkan blur bila kucing susah duduk diam.

Sampai sini je aku nak bebel.. Rasa nak tulis lagi tapi dah lupa.. Bye


You Might Also Like

0 comments

Recent Comments