Resepi Pajeon (Korean Pancake)

Friday, November 27, 2015


Pajeon
Resepi yang paling mudah nak buat dan sesuai sangat la untuk minum petang. Selalu jugak buat pajeon ni tapi malas nak tangkap gambar untuk letak kat blog. Sekarang ni musim rajin, maka inilah hasilnya. Kalau dulu2 buat resepi pajeon, letak daun bawang je. Buat lagi sekali letak daun bawang campur kucai. Dan yang terakhir letak daun kucai saja. Walah! Pajeon ni bagi aku letak daun kucai saja dah cukup dan lagi sedap.Tak tipu..

Penkek korea yang letak daun bawang sebenarnya PAJEON. Kalau pakai kucai namanya BUCHUJEON. Tapi aku panggil je Pajeon sebab dah biasa walaupon salah.hihi

Berapa banyak nak letak daun kucai? letak la sebanyak yang anda suka. Lagi banyak lagi bagus tapi untuk kali ni, pajeon aku macam kurang sikit kucai. Nak sedap letak la seafood, yang ni aku mampu letak cili merah je untuk memeriahkan suasana.

Adunan untuk pajeon ni cair sikit dari penkek biasa. Tak suka tebal2 sangat, sedap yang nipis dan rangup. Patut tambah kucai lagi dalam adunan.haish..

Ni la contoh atas dapur. Macam banyak kucai? Kalau aku, nak aja tambah lagi bagi nampak hijau.haha.

Resepi Pajeon aka Korean Pancake

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 - 1 cawan kucai (potong pendek)
  • cili merah (nak pedas letak la cili padi)
  • garam


Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung,baking powder dan garam ke dalam bekas dan gaul sampai sebati.
  2. Masukkan telur ke dalam adunan tepung dan pukul sedikit.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Kalau cair sangat, tambah tepung gandum.
  4. Gaulkan dengan kucai dan cili merah. Kalau ada bahan basah lain seperti udang, silalah letak.
  5. Panaskan kuali leper (gunakan api sederhana) dan letak minyak. Dah cukup panas, tuang adunan atas kuali leper dan ratakan ikut ketebalan yang disukai.
  6. Terbalikkan pajeon bila dah masak. Jangan sampai kucai hangus untuk bahagian atas.
  7. Dah siap, boleh dimakan dengan kicap, sos cili atau ikut selera.

Beginilah cara aku buat pajeon, rangup di bawah, lembut diatas. Sedap makan panas.
Selamat mencuba!







You Might Also Like

1 comments

  1. Thilakshi GunawardenaMarch 18, 2017 at 11:28 PM

    what is the flour that you use to make pancakes

    ReplyDelete

Recent Comments