TUTORIAL PHOTOSHOP - Menaikkan Warna guna Hue/Saturation

Sunday, November 22, 2015

Masalah yang sering kena masa edit gambar adalah waktu nak edit warna hijau. Bila tarik curves dalam photoshop, nampak tak cantik dan warna lain pon turut berubah jadi tak menarik. Maka dengan gigihnya cari tutorial dekat guru youtube. Simple je cara dia hanya guna hue/saturation walaupon saya tau teknik ni tapi tak pandai guna.huhu..

Disebabkan tengah rajin tak tau nak update apa, jadi saya nak buat tutorial lah.

Untuk permulaan, ada edit color balance sebab gambar ni warna dan tone dia tak menarik. Boleh adjust midtones, shadows dan highlights kat situ ikut suka rasa mata memandang.

 Contoh kalau nak edit warna hijau, pilih greens dan tarik saturation sampai 100% sebab nak memastikan warna apa yang terlibat. Jangan cuak eh warna pelik tiba2.

 Andai kata tak semua warna hijau dipilih, maka tarik slider macam kat atas ni dan warna hijau yang dipilih bertambah.

Bila dah puas hati dengan pilihan, tarik saturation ke kiri ikut taste anda. Kalau kurang menarik, boley ubah hue level.

Untuk naikkan warna kuning buat langkah yang sama sebelum ni.



Edit juga warna red. Ikut la nak tambah warna banyak mana. 
Bila dah puas hati, boleh la edit bahagian lain pulak untuk naikkan contrast ataupun tone gambar.

Gambar atas selepas edit sana sini, Ada tambah flare sikit dan mata kucing bagi sharp.
Sekian dari saya budak baru belajar.


You Might Also Like

0 comments

Recent Comments