Memasak Guna Gochujang (Cili Pes Korea)

Thursday, November 26, 2015

Kisah bermula bila Lazada bagi voucher dekat TV3. Aku pikir2 nak beli apa sekali teringat dengan dolsot bowl yang boleh tahan mahal harganya. Dah dapat mangkuk dolsot, gochujang pula tak ada. Pi la cari dekat instagram kot2 ada orang jual homemade gochujang. Wohoho.. Tak sangka dah ada orang jual. Saya suka!.. Maka dengan itu, aku semakin obses dengan cili korea gochujang.
Bibimbap
Bibimbap super easy, Tengok la bahan bibimbap ni, main rembat je apa yang ada dalam peti ais. Dapat tangkap beberapa keping je gambar sebelum egg yolk ni pecah.huhu. Bila lapar dan rasa nak makan panas sampai lidah melecur, selalu juga buat bibimbap ni. Buat cili dia, pastu  makan dengan lauk mak masak.haha.. Hilang dah rasa korea.haha


Dakbokkeumtang
 Spicy braised chicken sampai kering dibuatnya. Saja nak buat sebab nak tahu rasa ayam ni macam mana. Masak pon senang main campak dan biarkan dalam periuk.

Squid bokkeum
Korean stir-fried squid yang pedas. Yang ni memang feveret aku. Entah kenapa boleh sedap aku masak.haha. -Masuk bakul angkat sendiri-..
Yang ni makan dengan nasi memang terbaik walaupon sotong sikit je sebab aku saja2 buat eksperimen ni. Kalau tak sedap tak de la membazir sangatkan. Untuk memeriahkan sajian ni, aku letak kek ikan, fish ball, lobak merah dan daun bawang.

*Teringin nak buat kimchi. Nak masak tuna kimchi jigae, one of my favorite dishes^^.

You Might Also Like

1 comments

  1. saya beli dekat dapur kimchi online. kat fb pon ada

    ReplyDelete

Recent Comments