Idea nak menjahit hanbok ni datang bila nampak kain songket lebih. Rasa macam cantik pulak kalau buat hanbok. Guna mesin jahit? boleh la sikit2.. Buat pola? lagi la tak tahu. Buat baju tak pernah, tiba2 nak jahit hanbok. haha..memang kerja gila sikit. Sebab excited nak jahit, aku belajar la buat pola hanbok. Pilih design yang paling senang dan potong pola macam yang di ajar.
Jenis kain yang aku guna untuk jahit hanbok. Disebabkan kain songket ni tak berapa lebar, terpaksa la gabungkan dengan kain warna coklat. Kain merah pulak untuk tali. Susah jugak nak cari pola hanbok ni. Banyak dekat website korea tapi boleh faham sebab pola gambar tu dah cukup menerangkan segala-galanya. Tapi aku tak tiru sebijik sangat pola tu. Ada la ubah2 sikit. Pola yang aku lukis hanya bahagian JEOGORI. Bahagian skirt, lain hari pikir sebab tak jumpa kain yang sesuai lagi.
Hasil hanbok yang hampir siap dijahit. Bahagian tangan dengan tali tak siap lagi. Bila nak siap pon tak tahu lah. Untuk kain, aku rasa elok guna kain yang keras sikit macam songket ni. Kalau guna kain lembut, nampak tak cantik. Yang ni dari pandangan aku la.
Contoh pola hanbok yang aku guna. Ni aku lukis sendiri tau.
Bahagian yang paling mencabar nak buat adalah bahagian kolar. Waduh! Susah sangat untuk aku yang tak pandai jahit baju. Tapi yang penting, best kot jahit hanbok. Okey tak hanbok aku ni? boleh la kot.haha. Tak susah mana pon sebab jahit lurus. Moga2 siap Hanbok (Jeogori) ni. Nanti dah siap, aku share. Nantikan.hihi
Annyeong ^^
Tiba2 teringin nak makan jajangmyeon yang selalu nampak dalam drama korea atau game show. Sos jajangmyeon memang sah2 la tak ada, maka google la resepi kot2 ada yang boleh tiru.
Hasil pencarian kat website, ada yang guna kicap pekat nak bagi kaler hitam. So aku masak la guna bahan utama iaitu gochujang sikit dan kicap pekat. Tada! ni lah hasilnya.
Rasa mee ni dah macam mee goreng pon ada.haha.. Okey lah tu, boleh dimakan dan rasa pon sedap la jugak. Esok nya, aku keluar nak bayar bil sambil pergi makan jajangmyeon dekat kedai korea, times square.
Ok, bye..
![]() |
| Pajeon |
Resepi yang paling mudah nak buat dan sesuai sangat la untuk minum petang. Selalu jugak buat pajeon ni tapi malas nak tangkap gambar untuk letak kat blog. Sekarang ni musim rajin, maka inilah hasilnya. Kalau dulu2 buat resepi pajeon, letak daun bawang je. Buat lagi sekali letak daun bawang campur kucai. Dan yang terakhir letak daun kucai saja. Walah! Pajeon ni bagi aku letak daun kucai saja dah cukup dan lagi sedap.Tak tipu..
Penkek korea yang letak daun bawang sebenarnya PAJEON. Kalau pakai kucai namanya BUCHUJEON. Tapi aku panggil je Pajeon sebab dah biasa walaupon salah.hihi
Berapa banyak nak letak daun kucai? letak la sebanyak yang anda suka. Lagi banyak lagi bagus tapi untuk kali ni, pajeon aku macam kurang sikit kucai. Nak sedap letak la seafood, yang ni aku mampu letak cili merah je untuk memeriahkan suasana.
Adunan untuk pajeon ni cair sikit dari penkek biasa. Tak suka tebal2 sangat, sedap yang nipis dan rangup. Patut tambah kucai lagi dalam adunan.haish..
Ni la contoh atas dapur. Macam banyak kucai? Kalau aku, nak aja tambah lagi bagi nampak hijau.haha.
Resepi Pajeon aka Korean Pancake
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 3/4 cawan air
- 1/2 - 1 cawan kucai (potong pendek)
- cili merah (nak pedas letak la cili padi)
- garam
Cara-cara
- Satukan tepung gandum, tepung jagung,baking powder dan garam ke dalam bekas dan gaul sampai sebati.
- Masukkan telur ke dalam adunan tepung dan pukul sedikit.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Kalau cair sangat, tambah tepung gandum.
- Gaulkan dengan kucai dan cili merah. Kalau ada bahan basah lain seperti udang, silalah letak.
- Panaskan kuali leper (gunakan api sederhana) dan letak minyak. Dah cukup panas, tuang adunan atas kuali leper dan ratakan ikut ketebalan yang disukai.
- Terbalikkan pajeon bila dah masak. Jangan sampai kucai hangus untuk bahagian atas.
- Dah siap, boleh dimakan dengan kicap, sos cili atau ikut selera.
Beginilah cara aku buat pajeon, rangup di bawah, lembut diatas. Sedap makan panas.
Selamat mencuba!
Kisah bermula bila Lazada bagi voucher dekat TV3. Aku pikir2 nak beli apa sekali teringat dengan dolsot bowl yang boleh tahan mahal harganya. Dah dapat mangkuk dolsot, gochujang pula tak ada. Pi la cari dekat instagram kot2 ada orang jual homemade gochujang. Wohoho.. Tak sangka dah ada orang jual. Saya suka!.. Maka dengan itu, aku semakin obses dengan cili korea gochujang.
![]() |
| Bibimbap |
Bibimbap super easy, Tengok la bahan bibimbap ni, main rembat je apa yang ada dalam peti ais. Dapat tangkap beberapa keping je gambar sebelum egg yolk ni pecah.huhu. Bila lapar dan rasa nak makan panas sampai lidah melecur, selalu juga buat bibimbap ni. Buat cili dia, pastu makan dengan lauk mak masak.haha.. Hilang dah rasa korea.haha
![]() |
| Dakbokkeumtang |
Spicy braised chicken sampai kering dibuatnya. Saja nak buat sebab nak tahu rasa ayam ni macam mana. Masak pon senang main campak dan biarkan dalam periuk.
![]() |
| Squid bokkeum |
Korean stir-fried squid yang pedas. Yang ni memang feveret aku. Entah kenapa boleh sedap aku masak.haha. -Masuk bakul angkat sendiri-..
Yang ni makan dengan nasi memang terbaik walaupon sotong sikit je sebab aku saja2 buat eksperimen ni. Kalau tak sedap tak de la membazir sangatkan. Untuk memeriahkan sajian ni, aku letak kek ikan, fish ball, lobak merah dan daun bawang.
*Teringin nak buat kimchi. Nak masak tuna kimchi jigae, one of my favorite dishes^^.
Masalah yang sering kena masa edit gambar adalah waktu nak edit warna hijau. Bila tarik curves dalam photoshop, nampak tak cantik dan warna lain pon turut berubah jadi tak menarik. Maka dengan gigihnya cari tutorial dekat guru youtube. Simple je cara dia hanya guna hue/saturation walaupon saya tau teknik ni tapi tak pandai guna.huhu..
Disebabkan tengah rajin tak tau nak update apa, jadi saya nak buat tutorial lah.
Untuk permulaan, ada edit color balance sebab gambar ni warna dan tone dia tak menarik. Boleh adjust midtones, shadows dan highlights kat situ ikut suka rasa mata memandang.
Contoh kalau nak edit warna hijau, pilih greens dan tarik saturation sampai 100% sebab nak memastikan warna apa yang terlibat. Jangan cuak eh warna pelik tiba2.
Andai kata tak semua warna hijau dipilih, maka tarik slider macam kat atas ni dan warna hijau yang dipilih bertambah.
Bila dah puas hati dengan pilihan, tarik saturation ke kiri ikut taste anda. Kalau kurang menarik, boley ubah hue level.
Untuk naikkan warna kuning buat langkah yang sama sebelum ni.
Edit juga warna red. Ikut la nak tambah warna banyak mana.
Bila dah puas hati, boleh la edit bahagian lain pulak untuk naikkan contrast ataupun tone gambar.
Gambar atas selepas edit sana sini, Ada tambah flare sikit dan mata kucing bagi sharp.
Sekian dari saya budak baru belajar.
Peminat yang bertuah dalam 50 orang dapat jumpa Haha dekat2 dan amik gambar. Kalau korang rajin, pergi la KLIA mesti dapat selfie dangan Haha..

Peminat setia.
Tengok dekat2.. Tengok dekat2..
High five dengan fans
Haha dengan baik hatinya baling beberapa kain tertulis Quan kepada peminat dekat bawah. Untung lagi korang.. Aku nie bila nak beruntung plak.
Haha memang sempoi habis kat pentas. Perangai sebijik macam dalam Running Man.
Nyanyi sama2.
Nasib baik lagu yang Haha dan Mtyson nyanyi best. Meriah sungguh walaupon sekejap je. Hilang penat berdiri dan sakit belakang.huhu
Semua orang berebut-rebut nak amik gambar .
Bye Haha.. Jumpa lagi

Sempena Hari Pepero, 11street dengan baik hatinya menjemput Haha Running Man ke Malaysia pada 11 November 2015. Dapat jugak tengok Haha ni live dan stage die sangat dekat weh.. Rugi sapa tak pegi tapi memandangkan event nie buat masa hari bekerja, yang pergi pon xde la ramai sangat yang penting meriah.
Haha kan penakut,tu yang die tutup telinga. haha
Kamera hamba tak cukup power nak zoom dekat2. Maklumlah hanya guna kit lens aje.
Tak ingat pasai apa Haha buat muka gini
Masa Haha cakap makan pepero guna mulut, ingatkan dia nak buat dengan Emily. Nasib baik tak jadi sebab dah kahwin kan. Makanya silang tangan je la macam kat atas.
Mc suruh jerit Ha..Ha..
Aku pulak jerit malu2.hihi.
Bagi aku, event hari tu memang best. Terbaik! Tq 11street.
Part 2 bersambung....
Macam poyo bila letak tangan sendiri..haha.. Projek tanam basil ni dah lama sebenarnya. Senang je nak tanam basil guna benih tapi beribu kali senang guna keratan batang. Sebenarnya aku dah stress nak tanam pokok basil. Asal tanam je, anak pokok basil hilang atau kena makan gara2 perosak.
Disebabkan itu, aku cuba selamatkan pokok ni dengan sedaya upaya dengan cara keratan batang sebab benih dah takda.. Ni asal genovese basil tapi daun dia kecik2 je.
Cara tanam basil dengan keratan batang
- Ambil pucuk muda dalam 8cm. Pendek lagi pon tak kisah.
- Buang semua daun kecuali 2 helai dekat atas sekali.
- Rendam dalam bekas berisi air dan letak tepi tingkap.
- Dalam 4 hari dah nampak akar..Wohoho..Cepat giler kan.
Inilah bentuk yang dah berakar dan boleh tanam dalam pasu.
Over sangat bila siram air. Orang kata nak siram pokok nie jangan ke daun. Siram ke tanah saja sebab takut daun melecur. Sekarang nie pokok basil dah membesar dan selamat pindah ke pasu yang sesuai.
Baru2 nie aku ada tanam daun pudina yang mak beli kat pasar borong. Yang ni lagi senang.hehe.. Dekat batang pudina macam dah ada akar tumbuh. Maka dengan semangat nya pi la rendam batang pudina banyak2. Dalam beberapa hari akar dah keluar dan dah selamat tanam dalam pasu. yay!!
![]() |
| Antara gambar favorite (50mm , Æ’/2.8 , 1/500s , ISO 160) |
Assalamualaikum..
Nak ikutkan tajuk, bukan la aku ni pandai sangat nak ambil gambar tapi saja nak share dengan korang apa yang aku paham bila guna dslr untuk orang baru.. kalau dah pro boleh la tegur kalau ada salah silap..
Ingat senang ke nak guna dslr? haha.. banyak benda nak kena pikir dulu sebelum shoot gambar. Masa 1st time beli, try la pakai dan snap sana sini.. Boleh tahan gambar gak yang aku amik, tapi bila tengok balik bila dah paham sikit2, maigad buruknya gambar.hahaha..
Ada dslr tak bermakna gambar cantik.. Cuba tengok group fotografi tak semua gambar cantik2 (jangan marah ye, aku jujur.hehe).. Tengok kat instagram, guna iphong je gambar mantap2. Ditangan sekarang aku guna CANON 700d, kit lens dan 50mm f/1.8
Apa yang aku paham:
- f/1.8 - blur dan bokeh cantik tapi gambar tak semestinya sharp.
- Jangan asyik nak guna f rendah konon2 nak blur gempak.
- Guna shutter speed laju - kalau taknak gambar blur, objek bergerak atau tangan kuat getar.hehe
- Cahaya cukup - dapat guna ISO rendah mcm 100 hasilkan pic sharp.
- Av- bila nak tukar2 aperture
- Tv- bila nak tukar2 shutter speed
- Manual- Boleh setting aperture, shutter speed, dan iso ikut suka hati
- RAW- edit gambar Raw lebih best dari jpeg.
- lens 50mm f/1.8 lebih sharp kat f/2.8
- Mode Av dan Tv boleh tambah cerah atau gelap dekat exposure compensation tapi Manual tak boleh guna.
- Tangkap gambar haiwan atau manusia, mata pastikan sharp.
- Bila dekat dengan objek tapi tak boleh fokus, maka kena jauhkan sikit.
- Biasanya titik fokus dekat tengah lagi sharp.
Kalau banyak masa, aku suka guna manual. Dulu guna Av dan Tv tapi hasil biasa2 je.. Bila dah faham konsep aperture, shutter speed dan ISO baru la senang nak guna manual.
Kenapa gambar pro power? Bagi aku kalau nak lebih gempak kena edit gambar.
- Edit warna, highlight, midtone, shadow, saturation mana yang kurang.
- Edit juga guna levels and curves.
- Gambar tak sharp? jangan risau boleh edit guna unsharp mask atau high pass filter (tutorial dekat phlearn ) .
- Jangat edit over sangat.. Buruk nanti.
- Kalau guna photoshop, sila la guna layer mask bila perlu.
- Rajin2 tengok kat youtube. Berlambak tutorial tapi aku paling suka Phlearn yang buat aku paham macam mana nak guna layer mask dekat photoshop.
![]() |
| Budak ni pasif, Akak dia aktif. |
Buat masa nie, hanya kucing yang sanggup jadi model. Bila tangkap gambar dorang ni dekat manual mode, aku set kan aperture dulu, pastu ISO dan shutter speed. Bila cerah sangat berdasarkan exposure compensation, tinggikan shuter speed untuk kurangkan cahaya dan membantu mengurangkan blur bila kucing susah duduk diam.
Sampai sini je aku nak bebel.. Rasa nak tulis lagi tapi dah lupa.. Bye















































