Resepi Kimchi - 김치


posted by tikah on , ,

7 comments


Kimchi (김치) merupakan makan tradisional korea yang dihasilkan dari fermentation. Kimchi boleh dibuat dari napa cabbage, cucumber, radish and green onion. Yang famous biasenyer guna napa cabbage (kobis cina).. Bukan sume orang suke dengan kimchi + bau yang pelik.... first time buat kimchi confirm boley buat rumah berbau.. biasa kalau orang buat akan letak radish, tapi kat sini tak letak sebab bintik putih timbul.. tapi rasa still ok...

Bahan-bahan

1 Chinese (napa) cabbage (about 600gm)
1/2 cup garam
6 cups air

3 ulas bawang putih
1/4 bawang
1 tbs jus halia (parut sendiri or masukkan 2sm halia dalam blender)
2 daun bawang
2 tbs sos ikan
3 tbs serbuk cili (or use korean chili powder)
2 biji cili ( dibuang biji)
1 1/2 tbs gula
1 tbs tepung pulut ( tepung gandum pon boleh) + 6 tbs air

Cara-cara

1. Belah kobis kepada 2 bahagian. Larutkan garam dan air. Rendam kobis dalam air garam selama 4jam dan letakkan objek berat atas kobis. Setiap 2 jam terbalikkan kobis.
   *rasa bahagian batang kobis. kalau masin, maksudnya kobis dah ok. 
     Kalau masin sangat, rendam dalam air biasa dalam 30 mnt sampai rasa die ok.
2. Basuh kobis dengan air bersih. Toskan.
3. Larutkan tepung dalam air dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan gula. Angkat.
4. Kalau nak senang guna blender. Masukkan cili, bawang putih, bawang, halia dan 3tbs air. kisar.
5. Potong daun bawang lebih kurang 3sm.
6. Campurkan kesemua bahan-bahan yang lain. Biarkan 10 mnt. 
7. Ratakan bahan tadi atas kobis. Pastikan setiap daun kena.
8. Masukkan kobis dalam bekas tertutup. Letakkan dalam suhu bilik selama 2 hari.
9. Mase nie, kobis akan hasilkan air kimchi dan bubbles. Maksudnya kimchi dah jadi. Masukkan dalam peti ais.
10. Kalau nak pakai, keluarkan dan potong ikut selera.

Selamat Mencuba!!





7 comments

  1. tikah
  2. yanagiba yusuke22
  3. hunny
  4. tikah
  5. ain
  6. Lin

Leave a Reply