Aku tak pandai menulis

Wednesday, June 29, 2011

Jangan lah cakap aku bodoh sebab tak pandai menulis.. Kalau tak, takde nyer nak jejak masuk universiti..
Bukan aku tak tahu menulis cuma aku tak pandai nak menulis..hehehe..

Bukan tulisan ku tapi 'karangan' ku..(tulisan tangan aku boleh jadi cantik atau buruk, kemas atau comot)
Kalau korang perasan entry aku tulis sume pendek2..
Jarang sekali panjang2 lainlah kalau dah over excited.. XD..
Aku memang tak hebat dalam menulis.. Mungkin disebabkan tak suka baca novel..
Novel kan stail bahasa dier lain sikit.. Lenggok bahasa die cantik..
Suka putar belit.. Boleh jalan terus tapi nak jalan berliku- liku..
Aku tak suke~~
Kekadang pening baca novel tebal2.. Akhirnya aku baca ending.. Habis cerita..

Tapi bukan bererti aku tak suka buku.. Aku suka buku2 yang bagi info.. Tak mau cerita tipu yang ending dier kawin, dapat anak.. Owh bosan~~

Mungkin jugak sebab aku tak banyak cakap.. Kalau bab bercerita memang fail.. Kalau nak cerita pon, pendek2 dan yang penting2 je.. Sebab tu aku lebih suka diam dari bercakap.. Kalau bercakap, laju macam ferrari.. Cepat habis..

Kekadang orang tak paham ape yang aku cakap.. Aku suka cakap laju dan kekadang tak teratur..hahaha..
Kalau korang tak paham, paham2 lah..Aku memang macam tu.. Sekian~



-TAMAT-


You Might Also Like

0 comments

Recent Comments